Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang membelanjakan dengan sepasang dari harta bendanya untuk jalan Allah maka dia akan dipanggil dari semua pintu syurga. Dan syurga itu terdapat delapan pintu. Maka jika yang bersangkutan termasuk yang mendirikan solat, maka dia akan dipangil dari pintu solat. Dan bagi yang mengerjakan puasa, maka akan dipanggil dari pintu puasa. Dan barangsiapa yang suka bersedekah maka yang bersangkutan akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan barangsiapa yang pernah berjihad, maka ia akan dipanggil dari pintu jihad.(HR. Bukari-Muslim)
Dan kata Jabir: Rasulullah SAW bersabda : Mahukah kuceritakan padamu tentang kamar-kamar syurga itu? Jawab Jabir : ya tentu saja ya Rasulullah. Kata Rasulullah SAW : Sesunguhnya di syurga itu ada kamar-kamar (istana-istana) yang terbuat dari permata, dan seluruhnya bisa kelihatan yang di depan hingga bahagian dalam, yang bahagian dalam hingga bahagian depan, dan itulah yang di dalamnya penuh dengan kenikmatan, kelazatan dan kesenangan yang belum pernah mata melihatnya, telinga belum pernah mendengarnya, dan belum terlintas pada hati manusia. Kata Jabir : Untuk siapakan kamar-kamai itu?. Rasulullah SAW menjawab: ” Untuk mereka yang mengucapkan salam, bersedekah makanan, membiasakan berpuasa... baik yang wajib mahupun yang sunnah, bersolat malam (tahajud) ketika manusia sedang tidur. Para sahabat bertanya : Siapakan yang kuat seperti itu? Rasulullah SAW menjawab : Ummatku kuat yang semacam itu. Dan akan kuterangkan hal itu : Barangsiapa yang menjumpai saudaranya maka ucapkanlah salam atau balaslah salamnya maka yang bersangkutan mengucapkan salam. Barangsiapa yang memberi makan keluarganya dan tanggungannya dalan bentuk makanan hingga kenyang maka yang bersangkutan telah memberi makanan. Dan barangsiapa yang berpuasa ramadan dan berpuasa sunat tiga hari dalam setiap bulan, maka yang bersangkutan telah membiasakan berpuasa. Dan barangsipa bersolat isya’ yang akhir dan bersolat subuh dengan berjamaah, maka yang bersangkutan telah bersolat alam ketika orang-orang telah tidur"(HR. Abu Nuaim)
Beberapa hadis yang menerangkan tentang kenikmatan syurga :
Dalam hadis disebutkan tentang keadaan syurga Aden yang di dalamnya tedapat istana-istana dari mutiara, yang pada setiap istana itu terdapat 70 rumah dari permata yakut merah.Dan pada setiap rumah di dalamnya ada rumah lagi sebanyak 70 buah yang terbuat dari permata zamrud hijau, yang di dalam setiap rumah itu terdapat ada ranjang, dan apda setiap ranjang itu ada 70 permadani dalam berbagai warna, dan pada setiap permadani itu terdapat seorang bidadari.Dan pada setiap rumah itu ada pelayan wanitanya, dan diberiikan pada orang yang mukmin pada setiap paginya berupa kekuatan dari apa yang diberikan kesemuanya itu.(HR. Abu Syekh bin Hibban)
“Barangsiapa yang berkeinginan untuk diberi minuman oleh Allah SWT dengan minuman khamar (yang tidak memabukkan) di akhirat, maka tingalkanlah minum khamar di dunia, dan barangsiapa yang berkeinginan untuk diberi pakaian oleh Allah SWT berupa sutera di akhirat maka tinggalkanlah sutera didunia"(HR. Thabrani dan Nasai)
Sabda Nabi tentang khemah syurga: “Khemah itu berupa mutiara (intan) berloang yang panjangnya 60 mil dan berada di langit, yang setiap pokoknya ada orang mukmin dan keluarganya, yang mereka antara yang satu dengan yang lainnya tidak boleh melihat"(HR. Bukhari-Muslim)
Makanan penduduk syurga sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Qur’an iaitu berupa buah-buahan, daging burung, madu, susu dan makanan lainnya yang tidak dapat dihitung.
Kotoran yang dikeluarkan oleh penduduk syurga iaitu dalam bentuk keringat yang mengalir dari kulit mereka dengan berbau harum laksana minyak misik yang harum kemudian perutnya lalu mengecil.(HR. Nasai)
“Seandainya wanita syurga (bidadari) itu muncul ke bumi, maka akan terang benderanglah cahayanya dan akan dipenuhi di antara keduanya dengan bau yang harum, sedangkan kain kerudung kepalanya adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.(HR. Bukhari)
Kecantikan bidadari dalam syurga telah disebutkan dalam Q.S Rahman: 58 yang ertinya “ Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
“Diberikan pada mereka yang laki-laki (dalam syurga) bahawa kekuatan seorang di antara mereka sehari lebih utama dari 70 orang dari padamu.(HR. Tirmidzi)
Sesungguhnya bidadari dalam syurga itu bernyanyi mengatakan: Kami adalah bidadari yang baik, yang kami bersembunyi untuk suami-suami yang mulia.(HR.Thabrani)
sumber http://goo.gl/FrZez
No comments:
Post a Comment