Monday, January 24, 2011

Fakta Pelik Mengenai Payudara


1. Implan payudara selamatkan nyawa..
Seorang wanita  yang terlibat dalam satu kemalangan kereta telah terselamat secara ajaibnya apabila silikon payudaranya  berfungsi sebagai bantal airbag telah menyelamatkan nyawanya. Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2006. Wanita yang berasal dari kota Ruse, Bulgaria ini mengalami kemalangan yang menyebabkan keretanya rosak teruk. Nasib wanita tersebut agak baik apabila  tidak mengalami cedera parah kerana terlindung daripada hentakan  keras oleh implan payudaranya.
2. Perempuan yang memiliki lebih dari dua payudara..
Catatan medikal membuktikan, ada perempuan yang memiliki payudara lebih dari dua atau secara saintifiknya  disebut sebagai ‘polymastia’. Pesakit polymastia ini  memiliki payudara di bahagian depan tubuh dan, bukan hanya terdapat di bahagian dada.

3. Ukuran payudara semakin besar..
Sebuah kajian yang dijalankan di Amerika telah menemui bahawa ukuran payudara wanitaInggeris rata-rata naik dua ukuran disebabkan oleh pembedahan  plastik di bahagian payudara. Sementara itu, menurut satu survey yang dijalankan di seluruh dunia, ukuran rata-rata payudara selama 10-15 tahun terakhir naik hanya satu ukuran berbanding wanita yang menjalankan pembedahan plastik untuk payudaranya.
4. Payudara menyelamatkan wanita ini dari hukuman penjara..
Serena Kozakura yang dituduh melakukan kerosakan di  apartmen seorang pemuda telah dijatuhkan hukuman penjara. Namun, selama perbicaraan dijalankan,wanita tersebut telah membuktikan bahawa lubang di pintu apartmen pemuda tersebut terlalu kecil untuk dilalui oleh payudaranya yang berukuran besar. Jadi, wanita tersebut telah dinyatakan tidak bersalah dan tidak dipenjarakan.
5. Membesarkan payudara dengan nada dering handphone..?
Kebanyakan wanita di Asia Timur memiliki payudara yang mongel. Bagi yang tidak ingin melakukan perubahan invasif untuk memperbesarkan payudara, Dr Hideto Tomabechi mempunyai jalan penyelesaiannya. Pada tahun 2008, beliau  telah mereka satu nada dering yang dipanggil “Rock Melon”. Nada dering ini dikatakan mampu memperbesarkan ukuran payudara seseorang wanita. Secara faktanya, nada dering merangsang otak seseorang wanita seperti otak ibu yang sedang menyusu. Mendengar nada dering ‘rock melon’ sebanyak 20 kali setiap hari akan menambah ukuran payudara sebanyak beberapa inci.
6. Di Vietnam, payudara berukuran kecil dilarang mamandu..
Kerajaan Vietnam pernah mempertimbangkan untuk mengaitkan kepintaran seseorang wanita dengan saiz payudaranya. Pada tahun 2008, kerajaan setempat berniat melarang wanita yang memiliki payudara kurang dari 28 inci untuk memandu. Namun, akhirnya larangan ini mendapat protes daripada rakyat Vietnam dan larangan ini akhirnya dibatalkan untuk menjaga hati semua pihak.

No comments:

Post a Comment