Saturday, January 29, 2011

Waktu Berdoa




-Semasa Lailatul-Qadar.


- Ketika hujan turun.


- Ketika memulakan dan setelah selesai solat.

- Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.

- Di tengah malam.

- Di antara azan dan iqamah.

- Ketika sujud dalam solat.

- Ketika iktidal akhir dalam solat.



- Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.

- Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).

- Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

- Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Cara Memudahkan 10 Laluan Manusia




1. Laluan Menuju ke Kubur

* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan teroengaruh dengan emas/ perak
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/kencing)

2. Laluan untuk Berjumpa Izrail

* Bersihkan diri dengan bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada' yang tertinggal
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir

* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar
* Bersihkan dan perbaiki hati

4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan

* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah



5. Laluan Memantapkan Amalan

* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan akhirat

6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim

* Kasihilah ailia' Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibubapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka

* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat
* Jauhkan segala yang haram

8. Laluan untuk Memasuki Syurga

* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah

9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW

* Kasihilah Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk Bertemu Allah

* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya


Thursday, January 27, 2011

"Little DEbOb"


today pas balik dari class one of my little deBOb nyawa2 ikan ja...
sob2
ekor da koyak2 cam kena gigit ...
huhu...ntah la y...
;'(
da ajal nk wat cam mn kn...
myb da hikmat disebalik kematian lil debOb....
huhu....
cian kt little debOb....

~last pic me wif little debOb~
~sobs2~


Wednesday, January 26, 2011





 Rasulullah ada bersabda:


 "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana 


marah itu menyalakan api dalam hati anak


 Adam"





Tuesday, January 25, 2011

Fakta Mengenai Tubuh




ü  Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita. 

ü  Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. 

ü  Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. 

            ü  Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya. 

ü  Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir. 

            üKetika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. (sebab tuh       
               kena sebut Alhamdulillah, syukur sebab tak jalan terus....bukan sebut pardon me or excuse 
               me..) 

ü  Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius. 
  
ü  Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

ü  mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya. 

   ü  Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan. 
Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya. 

ü  Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

ü  Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada. 


ü  Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan. 

ü  Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

Monday, January 24, 2011

Fakta Pelik Mengenai Payudara


1. Implan payudara selamatkan nyawa..
Seorang wanita  yang terlibat dalam satu kemalangan kereta telah terselamat secara ajaibnya apabila silikon payudaranya  berfungsi sebagai bantal airbag telah menyelamatkan nyawanya. Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2006. Wanita yang berasal dari kota Ruse, Bulgaria ini mengalami kemalangan yang menyebabkan keretanya rosak teruk. Nasib wanita tersebut agak baik apabila  tidak mengalami cedera parah kerana terlindung daripada hentakan  keras oleh implan payudaranya.
2. Perempuan yang memiliki lebih dari dua payudara..
Catatan medikal membuktikan, ada perempuan yang memiliki payudara lebih dari dua atau secara saintifiknya  disebut sebagai ‘polymastia’. Pesakit polymastia ini  memiliki payudara di bahagian depan tubuh dan, bukan hanya terdapat di bahagian dada.

3. Ukuran payudara semakin besar..
Sebuah kajian yang dijalankan di Amerika telah menemui bahawa ukuran payudara wanitaInggeris rata-rata naik dua ukuran disebabkan oleh pembedahan  plastik di bahagian payudara. Sementara itu, menurut satu survey yang dijalankan di seluruh dunia, ukuran rata-rata payudara selama 10-15 tahun terakhir naik hanya satu ukuran berbanding wanita yang menjalankan pembedahan plastik untuk payudaranya.
4. Payudara menyelamatkan wanita ini dari hukuman penjara..
Serena Kozakura yang dituduh melakukan kerosakan di  apartmen seorang pemuda telah dijatuhkan hukuman penjara. Namun, selama perbicaraan dijalankan,wanita tersebut telah membuktikan bahawa lubang di pintu apartmen pemuda tersebut terlalu kecil untuk dilalui oleh payudaranya yang berukuran besar. Jadi, wanita tersebut telah dinyatakan tidak bersalah dan tidak dipenjarakan.
5. Membesarkan payudara dengan nada dering handphone..?
Kebanyakan wanita di Asia Timur memiliki payudara yang mongel. Bagi yang tidak ingin melakukan perubahan invasif untuk memperbesarkan payudara, Dr Hideto Tomabechi mempunyai jalan penyelesaiannya. Pada tahun 2008, beliau  telah mereka satu nada dering yang dipanggil “Rock Melon”. Nada dering ini dikatakan mampu memperbesarkan ukuran payudara seseorang wanita. Secara faktanya, nada dering merangsang otak seseorang wanita seperti otak ibu yang sedang menyusu. Mendengar nada dering ‘rock melon’ sebanyak 20 kali setiap hari akan menambah ukuran payudara sebanyak beberapa inci.
6. Di Vietnam, payudara berukuran kecil dilarang mamandu..
Kerajaan Vietnam pernah mempertimbangkan untuk mengaitkan kepintaran seseorang wanita dengan saiz payudaranya. Pada tahun 2008, kerajaan setempat berniat melarang wanita yang memiliki payudara kurang dari 28 inci untuk memandu. Namun, akhirnya larangan ini mendapat protes daripada rakyat Vietnam dan larangan ini akhirnya dibatalkan untuk menjaga hati semua pihak.

Sunday, January 23, 2011

Kejadian Bidadari


Petikan dari satu riwayat ada menerangkan tentang kejadian bidadari. Allah S.W.T. telah menjadikan wajah bidadari dari empat warna iaitu, putih, kuning, hijau dan merah.

Allah pun menjadikan tubuh mereka dari empat bauan iaitu zafran, misik, kafur dan anbar.

Bermula dari jari-jari kakinya hingga ke lutut adalah dari bauan misik. Dari lutut hingga ke payu daranya adalah dari zafran. Dari payu dara hingga ke leher adalah dari anbar. Dari leher hingga ke kepalanya adalah dari kafur.



Andainya seorang dari bidadari itu meludah dengan satu ludahan saja ke bumi nescaya akan menjadi misiklah dunia ini.

Pada setiap dada bidadari telah tertulis nama suami mereka masing-masing dan juga dari nama-nama Allah. Pada sebelah tangan mereka terdapat 10 gelang emas dan pada tiap-tiap anak jarinya terdapat 10 bentuk cincin yang dipakaikan oleh Allah untuk mereka.

Demikian juga pada kedua belah kaki mereka terdiri dari 10 perhiasan mutiara dan permata yang bergemerlapan.

Dari ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda,
 "Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil 'Ainna', ia dijadikan dari 4 jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran. Setiap bidadari amat merindui terhadap suami-suami mereka". 

Najis Yang Dimaafkan









Pendapat Al Imam As Syafie


Menurut pendapat Imam As Syafie pada dasarnya tidak ada najis yang dimaafkan kecuali najis yang tidak boleh dilihat oleh pandangan mata kasar dan kadarnya pula adalah amat sedikit. Kadar najis yang dimaafkan ini adalah kerana amat sukar untuk mengelakkan diri daripadanya.

Najis-najis yang dimaafkan tersebut adalah seperti,

1.                  Darah jerawat atau bintit-bintit hitam pada muka.
2.                  Darah bisul, kudis, nanah atau kurap.
3.                  Darah pijat, kutu babi atau kutu manusia tetapi tidak dimaafkan kutu yang terdapat pada anjing atau babi.
4.                  Tempat berbekam dan bekas hisapan darah tersebut.
5.                  Darah nyamuk, agas ataupun serangga-serangga yang darahnya tidak mengalir.
6.                  Darah istihadah.
7.                  Darah ajnabi iaitu darah yang terlah terpisah dari badan seseorang kemudian terkena pada kita tetapi jika kadarnya banyak maka ia tetap dikira najis. Darah anjing dan babi walaupun setitik tetap najis ini kerana hukumnya yang berat.
8.                  Air kencing yang tidak lawas.
9.                  Air bisa, kurap, kudis atau lain-lain air bisa yang berbau ataupun tidak berbau.
10.              Najis lalat dan juga air kencing kelawar.
11.              Terdapat kesan najis di bahagian tempat istinjak yang menggunakan batu walaupun bahagian istinjak itu masih lembab atau berpeluh asalkan ianya tidak mengalir atau berpindah ke tempat lain.
12.              Bangkai ulat buah-buahan atau ulat cuka dan keju yang terhasil dari bahan-bahan tersebut selama ia tidak dikeluarkan dari dalamnya.
13.              Alkohol yang digunakan di dalam ubat-ubatan serta wangi-wangian.
14.              Asap dari najis yang dibakar.
15.              Wap yang terhasil dari air najis dengan sebab api.
16.              Sedikit bulu najis sama ada sehelai atau dua helai dan bukannya dari bulu anjing atau babi. Bagi bulu binatang yang ditunggangi adalah dimaafkan kerana sukar untuk mengekkannya.
17.              Sedikit darah yang terdapat pada daging atau tulang.
18.              Najis tikus yang terjatuh ke dalam kolah jika kadarnya yang sedikit serta tidak berubah sifat airnya.
19.              Sedikit najis yang terdapat pada labu/puting susu yang terjatuh ke dalam bekas susu semasa melakukan perahan.
20.              Air liur yang keluar dari usus seorang pesakit ketika ia sedang tidur.




~pic takung najis ~
~hahaha~


Saturday, January 22, 2011

LOL

new hOusemate

heheheh....ni la my new housemate



...

...











hahaha...baru ak perasan...ada ikan bandaran,,,ak terlpa nk amek pic ;)

previous umah sewa !



arghhh..klO pkir2 balik ckang bengang toi ...
dah la terOk..kipas lam bilik pOn x dak...
tambah lak tuan umah cam cilAk*...
kul 3am sampai parit raja terOs kemas umah till subOh...
wtf ???!!!

ni la pic my previous umah sewa ...

serabOtt 

habis madu bersepah sepahan~!

lagi~!


arghh~!

hOusemate ak nya cermin crack~! 

after cleaning~! 4.28 am 

Sunday, January 9, 2011

Fuhh ~!



baru rini leh update blOg ... setelah bapa lama kemas umah ... settle kan pa yg patot ..=) duit pon da makin kurang ja...haddOi ... neway umah sewa da macam  umah kelamin ... puas hati ~! t ak update pic umah ekk...



Saturday, January 1, 2011

Happy New Year



happy new year
01.01.11 
;)
what a nice num...
still not late 2 say gOOd bye to 2010 ...
its time 2 pack my stuff...
arghhh...
sok da nk balik batu pahat da...
malas toi...
;(
what 2 do...
packing laaa...
ni la barang2 ak ...


gOOd bye langkapians ;)